CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, May 16, 2007

|[1]|

Mujahidah memasang radio. DJ Hitz.fm sedang melalak. JJ dan Rudy sedang ketawa sakan. Entah siapa yang menjadi mangsa mereka pagi minggu kali ini. Dia beralih ke Era.fm pula. Lagu 'My Heart' yang dinyanyikan oleh Acha Septriasa dan Irwansyah sedang berkumandang.

Pagi-pagi lagi dah layan jiwang. Siapa la DJ pagi ni. Teruk betul! Baik aku keluar siram pokok. Dah seminggu pokok-pokok tu tak 'minum' air dari paip tu. Minggu ni pulak tak hujan. Duk 'minum' embun je lah. Malang betul pokok-pokok tu. Nak harapkan kakak aku? Humph... hampagas! Buat kilang lemak dan kilang tahi mata je tau. Angah pulak bukan lekat kat umah. Outing dengan kawan-kawan. Keluar pukul 8 pagi. Balik 12 jam lepas tu. Apa nak jadi entah. Kalau dulu ada jugak Along. Tapi, skang Along... Along belajar kat Ma'ahad Tahfiz Al-Qur'an wal Qiraat di negeri lain. Dah lama Along tak balik. Selalunya mama dan papa yang pergi tengok. Bukan Along minta. Along pun dah kata tak payah susah-susah pergi tengok dia. Tapi mana boleh. Along kan anak emas platinum mama dan papa. Dulu masa Along habis UPSR, seingat aku, Along memang nak ambil tahfiz. Tapi mama dan papa tak bagi. Bila habis PMR, Along berkeras. Mama dan papa mahu hantar Along ke MRSM tapi Along tak mahu. Masa tu aku darjah lima.

"Assalamu'alaikum..." hisy, sape la kacau ni...

Mujahidah menoleh ke pintu pagar. Seorang kanak-kanak lelaki berdiri di situ. Dia kenal kanak-kanak tersebut. Anak tauke nasi lemak kegemaran Mujahidah sekeluarga. Dia membuka pintu pagar.

"Kak, jawab la salam," budak itu menegur. Mujahidah buat tidak tahu. Dia menghulurkan RM5 kepada kanak-kanak tersebut.

"Ibu kata tak payah bayar hari ini," beritahu kanak-kanak tersebut lagi. Mujahidah mengangguk.

Kemudian, dia masuk ke dalam rumah. Dia meletakkan plastik yang berisi tujuh bungkus nasi lemak di dapur. Dia keluar semula ke halaman rumah. Ingin menyambung kerja-kerjanya. Namun, dia terhenti di muka pintu. Hisy, ape lagi yang dia nak?

"Dik, pergilah balik. Akak nak tutup pagar ni."

"Akak, bila akak nak pakai macam malam semalam lagi?" Kanak-kanak tersebut bertanya.

Erks! Malam semalam? Ape kes? Apa aku pakai semalam?

"Apa yang ko merapu ni, budak kecik?!" tengking Mujahidah. Kanak-kanak itu terkejut. Bagaikan terkena kejutan elektrik, dia berlari meninggalkan Mujahidah.

Entah apa-apa la budak ni. Dah la tenung aku macam... macam tak pernah jumpa aku. Pernah ke aku jumpa dia? Hehe... apa yang ko melawak ni Mujahidah? Erhm... apa nak buat ni? Bosan! Nak makan, karang kena marah tak tunggu orang lain. Rindu betul dengan Along. Along... Along... Along... hisy, melamun pulak aku. Ajak Nisa' dan Mursyidah keluarlah.

Mujahidah terus masuk ke dalam rumah. Dia sudah lupa akan kerja-kerjanya yang tergendala tadi.

4 comments:

khaalah fitri said...

mana lg ny smbungn dy??xkn stkt neh ja kot??! uhuks..

C said...

la.. mne sambungannye ni? ish3x..

Mat Ganu said...

lor..sampai situ jekew...

adilah said...

BUAT NOVEL EK?

PIYA
Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda :
"islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama islam di waktu ia dagang" - riwayat Muslim.

yup!!!
JGN MALU KALU KITA JD YG ASING TU...